GOTONG ROYONG


MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH DAN TAMAN PERUMAHAN



         Program gotong-royong dirancang dengan rapi dan tersusun oleh semua pihak. Sebelum program ini dilancarkan, beberapa kali mesyuarat telah diadakan dengan pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya, PIBG, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan dan beberapa orang wakil komuniti bagi membincangan perjalanan dan keperluan yang diperlukan semasa program itu dijalankan. Pelbagai persiapan dan keperluan disediakan oleh guru-guru dan murid Patrol Denggi untuk program tersebut.






Semasa Hari Gotong-royong tersebut berlangsung, kehadiran murid-murid, guru-guru, ibubapa, jemputan dari Jabatan Penerangan, Kolej Kesihatan dan InstitutPerguruan serta dif-dif terhormat dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya dan masyarakat sekeliling telah memeriahkan lagi majlis. Majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran dianggarkan melebihi 1000 orang dan aktiviti gotong-royong dijalankan diseluruh kawasan sekolah, bilik-bilik darjah, padang, kantin, dan kawasan perumahan .



No comments:

Post a Comment