MURAL


MEMBUAT MURAL



DENGUE PATROL merupakan  program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi yang semakin menular di negara kita secara umumnya.
         Program Mural ini juga bertujuan memperlihatkan kesedaran pelajar terhadap usaha dan peringatan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan aedes yang akan menyebabkan demam denggi yang boleh membawa maut sekiranya persekitaran dan keadaan sekeliling tidak dijaga dengan betul.




1 comment: