Wednesday, 1 October 2014

BARANG-BARANG DARI SANOFI PASTEUR

Pada akhir bulan Jun Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 menerima sebuah parcel besar daripada Sanofi Pasteur. Pihak penganjur telah menghantar  baju T,topi.pen .buku catatan,gelang tangan dan kad risalah berkaitanan aedes dan denggi.



IKRAR PATROL DENGGI

SK TAMAN INDAHPURA 1 KULAIJAYA

Bahawasanya kami Skuad Denggi Patrol berikrar akan :-

Menyertai segala aktiviti yang dirancangkan

Memberi sokongan dan komitmen yang tinggi dalam  usaha
mencegah dan membanteras wabak denggi yang sedang
berleluasa

Sentiasa melipatgandakan usaha
Ke arah ‘Ayuh Gempur Aedes ‘

Menumpukan seluruh usaha dan daya tenaga kami 
untuk menyedarkan masyarakat tentang Aedes.






Pada majlis pelancaran ‘Ayuh Gempur Aedes’ bertarikh 17 Ogos 2014, bertempat di dewan terbuka SK Taman Indahpura 1 buat pertama kalinya replika nyamuk aedes ini dipertontonkan kepada warga SK Taman Indahpura 1 dan sekolah-sekolah  yang dijemput. Ianya dipertontonkan sebagai gimik bagi majlis pelancaran ini.




Pembinaan replika nyamuk aedes telah menarik minat daripada murid mengenali bentuk nyamuk aedes, ianya juga dapat menarik minat pengunjung majlis untuk bergambar bersama-sama replika ini.

Meneruskan program bertarikh 23 Ogos 2014 satu majlis diadakan bersama-sama patrol denggi iaitu Majlis Gorong-royong ‘Ayuh Gempur Aedes’.  Replika Nyamuk Aedes masih lagi digunakan sebagai gimik bagi menarik keterujaan pengunjung yang datang.  Majlis ini lebih meriah dengan kehadiran iibu bapa, bakal guru dari Institut Penguruan Kampus Temenggung Ibrahim, pelatih-pelatih juru rawat dari Kolej Kesihatan cawangan Johor Bahru dan masyarakat setempat.


Sunday, 31 August 2014

PERASMIAN SKUAD DENGGI SKIP 1

PELANCARAN AYUH GEMPUR AEDES
Program Patrol Denggi merupakan satu program yang dirangka bertujuan untuk memberi pendidikan mengenai bahaya denggi serta cara mengatasinya.

Laporan Harian Metro
Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Sanofi Pasteur bermatlamat memberi kesedaran pada pelajar,guru,ibu bapa dan masyarakat. Danggi adalah penyakit yang merbahaya dan semua pihak bertanggungjawab menghapuskan pembiakan dan tahu cara mencegahnya.

Pelancaran Ayuh Gempur Aedes sekolah
Tarikh   :17.8.2014
Hari      : Ahad


SK. TAMAN INDAHPURA 1 terpilih keperingkat akhir pertandingan " Ayuh Gempur Aedes ". Pihak sekolah telah memilih 30 orang pelajar yang dinamakan " Skuad Patrol Denggi SKIP 1 untuk melaksanakan 23 aktiviti  yang dirancang yang melibatkan 6 eleman yang diwajibkan.





Pada majlis tersebut pihak sekolah telah melibatkan secara permaufakatan dengan Pejabat Kesihatan Kulaijaya,Majlis Perbandaran Kulaijaya,Majlis Daerah Kulai,Pejabat Penerangan Daerah dan juga badan NGO.  Kerjasama juga diberikan oleh pihak media seperti RTM, Berita Harian, My Metro yang menyiarkan laporan di dalam media masing-masing.

Barita Harian melaporkan Skuad Denggi Merancang Tambah Ahli.

SKIP 1 tanam kesedaran dari peringkat sekolah.


Kolum Khas Berita Harian

"Perangi  Nyamuk  Aedes"


Pada majlis tersebut, Skuad Dengue Patrol diperkenalkan kepada pelajar dari 70 buah sekolah rendah dan menengah daerah Kulaijaya dan lebih 1000 tetamu yang hadir.  Sebagai gimik acara pembukaan "Replika Nyamuk Gergasi" telah dijadikan simbol untuk dihapuskan.






VIDEO PELANCARAN AYUH GEMPUR AEDES