Wednesday, 1 October 2014

BARANG-BARANG DARI SANOFI PASTEUR

Pada akhir bulan Jun Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 menerima sebuah parcel besar daripada Sanofi Pasteur. Pihak penganjur telah menghantar  baju T,topi.pen .buku catatan,gelang tangan dan kad risalah berkaitanan aedes dan denggi.



IKRAR PATROL DENGGI

SK TAMAN INDAHPURA 1 KULAIJAYA

Bahawasanya kami Skuad Denggi Patrol berikrar akan :-

Menyertai segala aktiviti yang dirancangkan

Memberi sokongan dan komitmen yang tinggi dalam  usaha
mencegah dan membanteras wabak denggi yang sedang
berleluasa

Sentiasa melipatgandakan usaha
Ke arah ‘Ayuh Gempur Aedes ‘

Menumpukan seluruh usaha dan daya tenaga kami 
untuk menyedarkan masyarakat tentang Aedes.






Pada majlis pelancaran ‘Ayuh Gempur Aedes’ bertarikh 17 Ogos 2014, bertempat di dewan terbuka SK Taman Indahpura 1 buat pertama kalinya replika nyamuk aedes ini dipertontonkan kepada warga SK Taman Indahpura 1 dan sekolah-sekolah  yang dijemput. Ianya dipertontonkan sebagai gimik bagi majlis pelancaran ini.




Pembinaan replika nyamuk aedes telah menarik minat daripada murid mengenali bentuk nyamuk aedes, ianya juga dapat menarik minat pengunjung majlis untuk bergambar bersama-sama replika ini.

Meneruskan program bertarikh 23 Ogos 2014 satu majlis diadakan bersama-sama patrol denggi iaitu Majlis Gorong-royong ‘Ayuh Gempur Aedes’.  Replika Nyamuk Aedes masih lagi digunakan sebagai gimik bagi menarik keterujaan pengunjung yang datang.  Majlis ini lebih meriah dengan kehadiran iibu bapa, bakal guru dari Institut Penguruan Kampus Temenggung Ibrahim, pelatih-pelatih juru rawat dari Kolej Kesihatan cawangan Johor Bahru dan masyarakat setempat.


No comments:

Post a Comment